Jaminan Produk Mary Kay

Jaminan Produk Mary Kay ialah satu bukti kepada kualiti tinggi semua produk Mary Kay. Ia dicipta begitu rupa supaya anda boleh berasa yakin bahawa produk yang anda beli ini adalah antara yang terbaik di pasaran. Kami komited untuk menawarkan produk berkualiti tinggi yang akan memuaskan permintaan setiap wanita hari ini!

Keselamatan produk adalah keutamaan kami.
Pada tahun lazim, Mary Kay Inc. membelanjakan jutaan dolar untuk menjalankan lebih daripada 300,000 ujian bagi memastikan bahawa setiap produk Mary Kay® memenuhi piawaian tertinggi dari segi keselamatan, kualiti dan prestasi.

Pakar-pakar sains menilai setiap satu ramuan dan setiap produk akhir.
Semua ujian yang ketat, pengujian semula, dijalankan atau diselia oleh ahli-ahli Makmal Penyelidikan & Pembangunan Mary Kay, termasuk ahli-ahli sains berkelulusan Ph.D. dan ijazah lanjutan yang lain dalam bidang toksikologi, farmakologi, mikrobiologi, kimia dan biokimia.

Setiap keputusan produk adalah berdasarkan fakta saintifik, bukan pandangan.
Mary Kay Inc. bersandar pada bukti penyelidikan saintifik yang menggunakan teknologi paling maju yang boleh didapati, dan Syarikat tidak akan menggunakan sebarang ramuan sehingga ujian kami telah membuktikan ia selamat dan berkesan digunakan.

Pakar-pakar dermatologi dan perubatan lain yang disahkan Lembaga Bebas memainkan peranan yang amat penting dalam pengujian produk.
Ujian klinikal dijalankan di makmal bebas di mana sukarelawan menggunakan produk Mary Kay® di bawah penyeliaan dan penilaian ketat oleh satu lembaga pakar dermatologi dan oftalmologi yang sah. Mary Kay Inc. juga menjalankan ujian makmal secara ekstensif untuk menentang kerengsaan dan alergi kulit serta menggunakan kaedah yang tercanggih untuk menilai semua produk yang akan digunakan di bahagian mata.

Semua produk penjagaan kulit dan kosmetik dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan kerajaan.
Sebelum sebarang produk dibenarkan di pasaran, ia mesti lulus keperluan keselamatan kerajaan yang ketat. Sebagai soal prinsip, Mary Kay Inc. sentiasa melangkaui apa yang diperlukan oleh undang-undang apabila ia berkaitan dengan keselamatan produk.

Mary Kay Inc. tidak menjalankan kajian ke atas haiwan.
Mary Kay Inc. tidak pernah menjalankan, atau meminta bagi pihaknya untuk menjalankan sebarang ujian produk atau ramuannya pada binatang dan telah bersumpah tidak akan melakukannya pada masa akan datang.

Jaminan Kepuasan
Jika atas sebarang alasan anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan mana-mana produk Mary Kay, ia akan digantikan tanpa bayaran, tukar ganti atau harga beli penuh dikembalikan berikutan barang belian itu dikembalikan kepada Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay® yang sah atau jika dia tidak aktif lagi, kepada Syarikat berserta dengan bukti pembelian.

No comments:

Post a comment

Followers

My Box